top of page
Search

Bab 4 Pengajian Malaysia

  • Writer: Tya Abu Hassan
    Tya Abu Hassan
  • Feb 27, 2019
  • 10 min read

Updated: Mar 1, 2019




Pembangunan Negara




NAMA NO.PENDAFTARAN

SAMSIDAR BINTI SAIDI 19DPM18F2029

ATHILAH NADHIRAH BINTI ABU HASSAN 19DPM18F2020

NIK NUR AMRINA ROSYADA BINTI NIK AHMAD NASRON 19DPM18F2018

NORFARAHIDA BINTI MOHD KHALID 19DPM18F2016

NURUL NADIAH BINTI MOHD RAZIF 19DPM18F2043

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.Sejarah Perlembagaan MalaysiaAsas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Peranan Perlembagaan:


1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil

2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah

3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah

5. Menjamin riwayat negara bangsa

6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara


Terdapat 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu :


Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Agama Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.


Bahagian 2 : Kebebasan Asasi Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta.


Bahagian 3 : Kewarganegaraan Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.


Bahagian 4 : Persekutuan Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Bahagian 5 : Negeri-Negeri Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang.


Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.


Bahagian 7 : Pilihan Raya Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.


Bahagian 8 : Badan Kehakiman Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.


Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian SERTA  kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya-Suruhajaya'.


Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.


Bahagian 11 : Am dan Pelbagai Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.


Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak.


Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka.


Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini.


Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Di bawah bahagian ini, prosiding oleh atau terhadap Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan 'Mahkamah Khas'.




RANCANGAN MALAYA PERTAMA  (1956 -1960)

Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) telah dilancarkan mengikut projek-projekdi bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu . Matlamatutama rancangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negaradengan memberi penekanan kepad sektor luar Bandar . Pelaksanaan RancanganMalaya Pertama telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhanDUA agensi kerajaan , iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) danKementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956 .


RANCANGAN MALAYA KEDUA  (1961 -1965)

Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuan telah dicapai .Pertama , rancangan ini diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengansebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia . Kedua ,perancangan ini menggunakan dua kaedah , iaitu perancangan dari atas ke bawahdan perancangan dari bawah ke atas . Ketiga , satu kajian menyeluruh dilaksanakanke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya .Kerajaan memperuntukkan dua kali ganda bagi pembangunan berbanding denganRancangan Malaya Pertama  .


RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusiadan program ke atas setiap sektor ekonomi . RMP ini juga memberi penekananke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah danSarawak . Bagi melaksanakan tujuan ini , Kerajaan telah menggubal satu programpembangunan khusus untuk meningkatkan kebajikan semua rakyat sama adasektor awam atau swasta . Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agardinikmati oleh golongan miskin . Seterusnya , Kerajaan menubuhkan beberapaagensi , iaitu Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) , Majlis AmanahRakyat (MARA) , Bank Bumiputera , Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) danLembaga Penasihat Tarif . Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaankepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap .


RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yangtidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan –kawasan . Dasar EkonomiBaru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaumdan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomiyang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsiekonomi . Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam , terutama dalambidang perdagangan dan perindustrian . Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS)ditubuhkan pada tahun 1974 . Dalam tempoh RMK2 , Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut :


Pertanian – 25%Pembuatan – 19.3%Perdagangan – 14.4%Perkhidmatan – 10.15%


RANCANGAN MALAYSIA KETIGA  ( 1976-1980)

Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan RangkaRancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) . RMK3 ini merupakan peringkatKedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Pembangunan sektor pertaniandan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan , produktiviti danpeluang pekerjaan . Mengikut Malaysia Kita (2014) , dalam tempoh pelaksanaanDEB , ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata7.8% walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun .


RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dandunia dilanda kemelesetan . Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayarangaji , kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dalam sektor komoditi ,kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat .Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan system miniEstet pertanian , koperasi , dan strategi pembangunan luar bandar . Program yandiperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Barubagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar . Berdasarkan data yangdiperoleh daripada Malaysia Kita (2014) , keluaran KDNK berkembang pada kadarpurata 5.8% . Namun begitu , kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomidalam sektor pembuatan dan perlombongan .


RANCANGAN MALAYSIA KELIMA  (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yangmasih lagi meleset . Pelaksanaan dan perancangannya berasaskan pertumbuhanyang lebih rendah . Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara danmencapai objektif DEB . Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menerusikelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat , perlesenandan kegiatan ekonomi . RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian denganmelonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah , penanaman padi secara ladang ,penggunaan tanah lombong bagi aktiviti  pertanian dan mengusahakan sawahterbiar dengan tanaman yang sesuai . Satu strategi baharu juga diperkenalkan , iaitupenyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan produktiviti , keupayaandan kecekapan guna tenaga tempatan . Dengan berakhirnya RMK5 , maka tamatlahRangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)Jangka Panjang Pertama (RRJP1)


RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(1991-1995)

Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.


RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(1996-2000)

RMK7 masih berlandaskan konsep pembangunan seimbang dengan mengandungi strategi-strategi baharu yang menjadi Peralihan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan untuk pertumbuhan produktiviti. Strategi lain ialah Peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industry industry Malaysia. Strategi seterusnya ialah memperluaskan dan memperkaya asas sains dan teknologi. Tumpuan dan penekanan juga diberikan kepada sector swasta Yang menunjukkan prestasi dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara. RMK7 ini juga melihat kepada konsep Pensyarikatan Malaysia, perkhidmatan awam dan kerajaan untuk terus menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi Persaingan di peringkat global. RMK7 dirangka untuk membawa Malaysia memasuki ambang abad ke 21. hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.


RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN(2001-2005)

Merupakan fasa pertama pelaksanaan RRJP3 yang meliputi tempoh 2001-2010. dalam tempoh RMK8,ekonomi Malaysia Menghadapi cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi,liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi terutamanya Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), RMK8 menumpukan kepada pembangunan ekonomi berasaskan penawaran tenaga Buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan(R&D) dan mempercepatkan pembangunan sektor Yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Penekanan diberikan kepada usaha memperkukuhkan nilai nilai positif dalam Kalangan rakyat yang membentuk masyarakat bersatu padu. RMK8 ialah memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan Mampan dengan berdaya tahan. Tumpuan utama adalah pada inisiatif sektor swasta bagi menyediakan rangka dasar yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti, teras pembangunan RMK8 ialah 1) pengekalan kestabilan ekonomi mikro 2) pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat 3) pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti 4) peningkatan daya saing sector utama 5) perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi 6) peningkatan pembangunan sumber manusia 7) pencapaian pembangunan mampan 8) peningkatan kualiti hidup 9) penanganan isu sosial 10) pengukuhan nilai moral dan etika


RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

Rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010, rancangan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia Melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. RMK9 Bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam Dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak. RMK9 mempunyai lima teras Utama seperti yang berikut: 1) meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi 2) meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama 3) menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif 4) meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup 5) mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan


SEPULUH PENCAPAIAN MALAYSIA SEPANJANG 10 RANCANGAN MALAYSIA

Ringkas,sejak 5 dekad yang lalu,Rancangan Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan kepada negara kepada dalam membasmi kemiskinan,meningkatkan tahap ekonomi,mewujudkan masyarakat bersatu padu,pembangunan yang seimbang sertamasyarakat yang progresif dan maju berdasarkan perancangan ,gagasan dan dasar kerajaan.RMK11 juga menjadi pelonjak akhir sebelum memasuki gelanggang negara maju.


RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH(RMK10)

Rancangam Malaysia kesepuluh(RMK10) disediakan dengan mencartakan perjalanan pembangunan negara kea rah mencapai wawasan 2020. Tema RMK10 dirumuskan ke dalam 10 idea utama.

10 idea utama RMK10 adalah seperti berikut:

Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara

Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa

Transformasi kearah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan

menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi

Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang

Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas

Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Menyokong perkongsian pintar dan berkesan

Menghargai khazanah alam sekitar

Kerajaan Umpama syarikat yang berdaya saing

Sector awam perlu ditransformasikan supaya dapat bertindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yang pesat berubah. Reformasi sector awam akan berorientasikan pelanggan dengan sistem penyampaian dan hubungan ditambah baik dan tertumpu kepada rakyat dan perniagaan. Pendekatan berasaskan outcome akan diguna pakai bagi perancangan, pengagihan sumber, pemantauan dan penilaian kemajuan. Bagi memastikan akauntibiliti, KPI bagi mengukur outcome akan dikaitkan kepada individu dan dipantau secara berkala.

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sector swasta melalui dasar dan peraturan yang efektif. Di samping itu, terdapat peralihan dalam perbelanjaan sector awam daripada infrastruktur fizikal kepada bukan fizikal terutama dalam program peningkatan kemahiran, R&D, pembiyaian modal teroka dan pemboleh inovasi yang lain.


RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS(RMk11)

Rancangan Malaysia kesebelas RMK11 telah dibentangkan oleh YAB perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak di parlimen pada 21 Mei 2015. RMK11 amat penting kerana dilihat menjadi transformasi terkahir dalam matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Di bawah Transformasi Nasional ini, enam program telah dirancang dan akan dilaksanakan seperti yang berikut

(a) Program Transformasi Kerajaan

(b) Program Transformasi Ekonomi

(c) Program Transformasi Politik

(d) Program Transformasi Komuniti

(e) Program Transformasi Sosial

(f) Program Transformasi fiscal

Program transformasi nasional merupakan falsafah dan tunjang utama bagi merialisasikan RMK11. Justeru , RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan seperti dalam jadual 4.1

Terdapat enam strategi tumpuan dalam jadual 4.1


Pertama-Memperkukuh insklusiviti kea rah masyarakat saksama

kedua-Meningkatkan kesejahteraan rakyat

ketiga-Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

keempat-Menuju kea rah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing

kelima-Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

keenam-Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran


Jadual 4.2 pelaksanaan Game Changers

pertama-Meningkatkan produktiviti

kedua-Menjana kekayaan melalui inovasi

ketiga-Mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah

keempat-Menterasakan Pendidikan dan latihan teknikan TVET

kelima-Melaksanakan pertumbuhan hijau

keenam-Melabur di bandar-bandar bedaya saing


DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA

Dalam tempuh masa 20 tahun pelaksanaan DEB(1970-1990) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1),ekonomi Malaysia telah berkembang pesat dan mengangumkan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.Kerajaan melancarkan Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berasakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).Matlamat utama DPN ialah membentuk masyarakat yang bersatu padu di samping membina kestabilan politik,ekonomi dan social.

DPN digubal merangkumi perkara-perkara yang berikut;

Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengangihan yang saksama.

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.

Mengurangkan dan manghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan negara.

Menggalakkan dna mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.

Membangunkan masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.

Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.

Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.

Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.


DPN juga memberi fokus pada strategi-strategi yang berikut;

Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalanPersaingan dalam pasaran antarabangsaWawasan 2020-menjelang tahun 2020,Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju.


 
 
 

2 commentaires


muhdpairul
01 mars 2019

terbaik,jgn lupa like link n jga pairulseda.blogspot.com

J'aime

niwas285n
01 mars 2019

👌👌

J'aime
Post: Blog2_Post

+60143475193

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2019 by Tya's Blog💕. Proudly created with Wix.com

  • Instagram
bottom of page